Bandar Seri Begawan, 16 June 2025 – Brunei Intellectual Property Office (BruIPO), organized a Patent Examiner Consultation Program, which took place from the 17 to 18 June 2025. This initiative marks a significant step towards the establishment of a Patent Examination Unit in the country, a crucial component in strengthening Brunei’s intellectual property (IP) infrastructure.
The program featured a series of discussion, briefing, hands-on practical exercises focusing on the patent search and examination process. It was led by an internationally recognized patent expert Mr. Leslie F. McCaffery, who brings extensive experience in patent examination and patent examiner certification system. Mr. McCaffery provided a valuable insights and technical guidance essential to support the development to Brunei Darussalam’s national patent system.
The program was designed to identify key steps towards establishing and implementing a formal patent examination system in Brunei Darussalam. It also aims to raise awareness and strengthen understanding of the patent search and examination process, especially among stakeholders in academia and the innovation sector. More than just a training initiative, the program serves as a strategic platform to build capacity and foster greater appreciation of patent processes, engaging researchers, academics, legal practitioners, and players in innovation-driven industries. It also highlighted patent examination as a rewarding career path especially for graduates in science, engineering, law and technology fields.
BruIPO recognises the important role that education plays in building a strong IP ecosystem, amongst the participations were from institutions of higher learning such as UBD, UTB, UNISSA, IBTE, and Politeknik Brunei. The participants had the opportunity to further disseminate and deepen their knowledge on patent intellectual property rights, especially in nurturing a generation of creative, innovative and competitive youth to equipped them with the knowledge to protect and leverage their inventions. The program brought together approximately 80 participants from government, academia, businesses, and the legal sectors in the field of intellectual property.
BruIPO continues to build local capacity and expertise, the organization remains committed to strengthening Brunei’s position in the global innovation landscape trough strategic partnerships, professional development, and public outreach.
MALAY VERSION
Bandar Seri Begawan, 16 Jun 2025 – Pejabat Harta Intelek Brunei (BruIPO) telah menganjurkan Program Konsultasi Pemeriksa Paten yang berlangsung dari 17 hingga 18 Jun 2025. Inisiatif ini merupakan langkah penting ke arah penubuhan Unit Pemeriksaan Paten di negara ini, yang merupakan komponen utama dalam memperkukuh infrastruktur harta intelek (IP) Brunei.
Program ini merangkumi sesi perbincangan, taklimat serta latihan praktikal yang memberi tumpuan kepada proses carian dan pemeriksaan paten. Program ini dikendalikan oleh pakar paten yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Encik Leslie F. McCaffery, yang mempunyai pengalaman luas dalam pemeriksaan paten dan sistem pensijilan pemeriksa paten. Encik McCaffery telah berkongsi pandangan serta bimbingan teknikal yang amat bernilai bagi menyokong pembangunan sistem paten negara Brunei Darussalam.
Program ini direka untuk mengenal pasti langkah-langkah penting dalam mewujudkan dan melaksanakan sistem pemeriksaan paten yang formal di Brunei Darussalam. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai proses carian dan pemeriksaan paten, terutamanya dalam kalangan pihak berkepentingan di sektor akademik dan inovasi. Lebih daripada sekadar inisiatif latihan, program ini berfungsi sebagai platform strategik untuk membina keupayaan dan memupuk penghargaan mendalam terhadap proses paten, dengan melibatkan para penyelidik, ahli akademik, pengamal undang-undang dan penggiat industri berasaskan inovasi. Program ini juga menekankan bahawa kerjaya sebagai pemeriksa paten merupakan laluan kerjaya yang berpotensi dan bermanfaat khususnya untuk graduan dalam bidang sains, kejuruteraan, undang-undang dan teknologi.
BruIPO menyedari peranan penting pendidikan dalam membina ekosistem IP yang kukuh. Antara peserta yang hadir termasuk dari institusi pengajian tinggi seperti UBD, UTB, UNISSA, IBTE dan Politeknik Brunei. Para peserta berpeluang untuk memperluas dan mendalami pengetahuan mereka mengenai hak harta intelek paten, khususnya dalam usaha melahirkan generasi belia yang kreatif, inovatif dan berdaya saing serta dilengkapi pengetahuan untuk melindungi dan memanfaatkan ciptaan mereka. Program ini telah menghimpunkan kira-kira 80 peserta daripada agensi kerajaan, institusi akademik, sektor perniagaan dan sektor perundangan dalam bidang harta intelek.
BruIPO akan terus memperkukuh keupayaan dan kepakaran tempatan serta komited untuk memperkukuh kedudukan Brunei dalam landskap inovasi global melalui perkongsian strategik, pembangunan profesional dan program jangkauan awam.
