Bandar Seri Begawan, 9 June 2025 – In a significant move to strengthen Brunei’s Intellectual Property (IP) capabilities, the Brunei Intellectual Property Office (BruIPO) in collaboration with the Japan External Trade Organization (JETRO) officially launched the JPO Training Seminar on Patent Search and Examination.  The two-day seminar held at the Golden Jubilee Hall, Attorney General’s Chambers (AGC), from 10 to 11 June 2025, this initiative is part of BruIPO’s ongoing efforts to strengthen the technical competencies of its officers and support higher education institutions in the field of intellectual property. 

The training is being conducted by Mr. Motohiro, a former substantive patent examiner at the Japan Patent Office (JPO), who brings extensive experience in patent examination techniques and international classification standards to Brunei.  His experience provides a valuable opportunity for participants to gain deeper insights into global practices.

Participants included officers from BruIPO (including Skippa officers) and Higher learning institutions such as UBD, UTB, UNISSA, IBTE and Politeknik Brunei. It served as a platform to strengthen the capacity of Brunei’s intellectual property ecosystem by building examination expertise and encouraging stronger collaboration between government bodies and academia in the area of research and innovation.

The seminar emphasized the importance of continuous professional development in supporting national innovation and ensuring quality patent services.  BruIPO expresses its appreciation to JETRO and Mr. Motohiro for their support in making the training a success.  Beyond the technical training, the initiative reflects a broader national vision to cultivate a robust IP environment that encourages creativity, support innovators, and contributes meaningfully to Brunei’s social economic growth.

BruIPO aims to continue its momentum by exploring further capacity building initiatives and partnerships, ensuring local IP professionals and researchers are equipped to meet the demands of a rapidly evolving global innovation landscape.

 

 

MALAY VERSION:

Bandar Seri Begawan, 9 Jun 2025 – Dalam usaha penting untuk memperkukuh keupayaan Harta Intelek (IP) negara, Pejabat Harta Intelek Brunei (BruIPO) dengan kerjasama Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) secara rasmi melancarkan Seminar Latihan JPO mengenai Carian dan Pemeriksaan Paten. Seminar selama dua hari ini diadakan di Dewan Jubli Emas, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 10 hingga 11 Jun 2025, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan BruIPO untuk memperkukuh kecekapan teknikal pegawainya serta menyokong institusi pengajian tinggi dalam bidang harta intelek.

Latihan ini dikendalikan oleh Encik Motohiro, bekas pemeriksa paten substantif di Pejabat Paten Jepun (JPO), yang membawa pengalaman luas dalam teknik pemeriksaan paten dan piawaian pengelasan antarabangsa ke Brunei. Kepakarannya memberi peluang berharga kepada para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam amalan global dalam bidang ini.

Antara peserta seminar termasuk pegawai-pegawai dari BruIPO (termasuk pegawai Skippa) serta wakil dari institusi pengajian tinggi seperti UBD, UTB, UNISSA, IBTE dan Politeknik Brunei. Seminar ini menjadi platform untuk mengukuhkan ekosistem harta intelek Brunei dengan membina kepakaran dalam pemeriksaan paten serta menggalakkan kerjasama lebih erat antara agensi kerajaan dan institusi akademik dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Seminar ini turut menekankan kepentingan pembangunan profesional berterusan dalam menyokong inovasi negara dan memastikan perkhidmatan paten yang berkualiti tinggi. BruIPO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JETRO dan Encik Motohiro atas sokongan mereka dalam menjayakan latihan ini.

Di samping latihan teknikal, inisiatif ini mencerminkan wawasan negara yang lebih luas untuk membina persekitaran harta intelek yang kukuh, menggalakkan kreativiti, menyokong para inovator serta menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan sosioekonomi Brunei.

BruIPO berhasrat untuk terus mengorak langkah dengan meneroka lebih banyak inisiatif dan kerjasama pembangunan kapasiti, demi memastikan para profesional dan penyelidik IP tempatan bersedia menghadapi cabaran landskap inovasi global yang semakin pesat berkembang.